Upacara pecah tanah bagi pembangunan sekolah telah dilaksanakan oleh Y.A.B Tun. Dr. Mahathir Mohammad, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada 12hb Ogos 1999.
Perasmian pembukaan sekolah oleh Y.A.B Dato Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Hj. Abd Samad, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pada 11hb Oktober 2001.
Dengan keluasan lebih 20 ekar persegi, lokasi SMASKP di Selaru (kawasan DUN Johol) terletak dalam 15 KM dari pekan Kuala Pilah manakala 23 KM dari Pekan Tampin.
Mula beroperasi pada 8 Mac 2001 dengan generasi pertama pelajar seramai 81 orang di tingkatan 4 dengan pengasingan kelas lelaki dan perempuan. Pengambilan pelajar adalah terbuka untuk semua pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Bahagian Pelajaran JHEAINS.
Panorama Semasa Pembinaan