ARKIB
Selamat Datang Warga Baru

15 Disember, Selaru - SMASKP telah menerima 2 orang warga pendidik baharu. Pihak Admin ingin mengalu-alukan kehadiran Ustaz Wan Roslan Wan Ali dan Pn. Nooraida Bt Aludin yang ditukarkan ke SMASKP bermula 15 Disember 2011. Ustaz Wan Roslan sebelum ini merupakan merupakan Guru Bahasa Arab di Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (ITQAN) manakala Pn Nooaida pula merupakan Guru Sejarah di Maahad Ahmadi, Gemencheh.

Semoga kehadiran tenaga pendidik ini bakal memangkinkan lagi anjakan prestasi Akademik dan Sahsiah di SMASKP.


15 Dis 2011
Bahan Makluman Terkini

Kepada semua pelajar dan penjaga, senarai Bayaran Persekolahan 2012 serta Senarai Nama Pelajar Mengikut Dorm boleh dirujuk di ruangan Muat Turun. Sekian harap maklum.


Pendaftaran Pelajar Baharu

       5hb Januari 2012: Tingkatan 1 Aliran E'dadi
       6hb Januari 2012: Tingkatan 1 Aliran Tahfiz

Kem Bahasa Arab (KEMBAQ)

KEMBAQ 2012 untuk pelajar Tingkatan 2 dan 3 akan diadakan di SMASKP pada 6-8hb Januari. Yuran percuma.
7 Jan  2012
Pendaftaran Pengambilan Kedua

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi pengambilan kedua akan diadakan pada 10hb Januari (Selasa). Majlis pendaftaran akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Serentak dengan itu, Minggu Jalinan Ukhuwah (MIJU)  pelajar baharu akan dilaksanakan pada 10-13hb Januari. Program ini dianjurkan oleh Unit Kepimpinan dan Hal ehwal Pelajar (UKHEP) .


12 Jan 2012
19-20 November 2011
Kursus Latihan Naqib 2012
StarFresh Eko Resort,Bukit Putus